Salam, hari ni nak kongsi cara activate kad atm maybank untuk pembelian atau pembayaran online. Nor guna Kad Debit Visa Maybank.
Bila dah activate boleh guna kad untuk pembayaran yang menerima kad Visa seluruh dunia. Antara perkhidmatan yang biasa nor gunakan ialah untuk pembayaran di facebook dan pembayaran di paypal.
Terdapat 2 perkara yang perlu diaktifkan iaitu:
1. Transaksi oversea
2. Transaksi yang tidak memerlukan authorisation.
Nombor 1 boleh diaktifkan secara online melalui maybank2u. Nombor 2 kena hubungi nombor customer service yang terdapat di belakang kad.
Nak mudah terus hubungi customer service. Mereka akan tolong aktifkan.
Semoga bermanfaat :)