Quantcast
Channel: Norazizah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 602

Template poslaju 10 pages Continuous Printing pos Malaysia dalam Microsoft Excel Kingsoft Spreadsheet

$
0
0
Salam semua, sekarang dah ada template poslaju yang boleh print 10 borang poslaju dalam 1 masa :) Nor paling suka gunakan template poslaju 10 pages ni. Boleh print 1 hingga 10 borang dalam 1 masa. Lebih mudah dan pantas.

Template poslaju 10 pages Continuous Printing pos Malaysia dalam Microsoft Excel Kingsoft Spreadsheet
Template poslaju 10 pages Continuous Printing pos Malaysia dalam Microsoft Excel Kingsoft Spreadsheet


Poslaju ada menyediakan borang khas untuk setiap penghantaran. Borang-borang ni nor suka print berbanding tulis tangan. Template poslaju ni boleh print pada borang slip poslaju consignment note dengan printer dot matrix. Nor buat guna Kingsoft Spreadsheet, boleh juga dibuka menggunakan Microsoft Excel. Terdapat banyak jenis slip poslaju, buat masa ni boleh lihat pada MFG DATE untuk membezakan setiap borang. MFG DATE terletak di sebelah kanan slip.

Nor ingat lagi, masa mula-mula guna perkhidmatan poslaju. Tulis tangan pada borang, lepas tu ada juga guna cop pada maklumat pengirim dan tulis tangan pada maklumat penerima. Nor pernah juga print terus daripada laman web poslaju. Masing-masing ada kelebihan tersendiri.

Terkini nor lebih suka print borang poslaju. Borang poslaju yang diambil di kaunter dan boleh print guna printer. Tiada lagi tulisan tangan. Maklumat pengirim dan penerima semuanya dicetak. Bagi nor cara ni mudah dan cepat. Pada mulanya hanya print satu per satu. Borang poslaju yang bersambung-sambung tu, nor koyak satu persatu dan kemudian baru print. hehe... masa tu tak tahu lagi fungsi 'tractor' yang boleh print kertas yang bersambung-sambung.

Bila dah tahu, tiada lagi proses koyak dulu print kemudian. Proses bertukar pula kepada print dulu, koyak kemudian. Masih lagi print borang satu persatu. Lepas print 1 borang, koyak. Print 1 borang, koyak... :) Masa lebih cepat daripada sebelum ni.

Dan yang terkini... nor dapat 1 cara untuk print 10 borang atau lebih dalam 1 masa. Banyak jimat masa bila banyak borang poslaju kena print. Nor buat 1 template yang boleh print 1 hingga 10 borang poslaju. Dengan template ni boleh print 1 hingga 10 borang poslaju dalam 1 masa. Lepas print 1 atau 10 borang baru koyak.

A. TEMPLATE SLIP BORANG POSLAJU CONSIGNMENT NOTE 10 PAGES CONTINUOUS PRINTING


Template Poslaju 10 Pages 
+ Direka khas untuk pengguna borang poslaju yang memerlukan tempat simpanan data.
+ Maklumat pengirim boleh ditaip dan dicetak.
+ Maklumat penerima automatik update mengikut data yang telah dimasukkan.
+ Hanya perlu masukkan Order no, maklumat penerima akan automatik bertukar. Lebih cepat :)
+ Data penerima boleh disimpan sehingga beratus-ratus data mengikut had sheet.
+ Boleh cetak 1 hingga 10 borang sahaja menggunakan continuous paper.

Dalam template ni terdapat 4 sheet.
1. POSLAJU
2. ORDER
3. SETTING
4. USER MANUAL

 Fungsi SHEET di dalam template Poslaju: .

1. POSLAJU 
Sheet POSLAJU merupakan sheet utama dimana maklumat di dalam sheet ini yang akan dicetak di borang poslaju. Untuk template poslaju ini, boleh masukkan data penerima di sheet 'Order'. Maklumat akan automatik dikemaskini apabila Order No dimasukkan. Walaupun ada 10 borang yang akan dicetak, maklumat yang perlu diisi pada sheet 'POSLAJU' hanyalah borang yang pertama sahaja. Borang ke dua hingga sepuluh akan dikemas kini secara automatik mengikut susunan ORDER. .

2. ORDER 
Sheet ORDER merupakan sheet dimana senarai maklumat penerima dimasukkan. Boleh letak beratus-ratus maklumat penerima :). Mengikut had sheet yer... maklumat pada Sheet 'POSLAJU' akan merujuk maklumat di sheet 'ORDER'. Maklumat di dalam sheet 'ORDER' juga boleh diguna untuk memudahkan tracking dan tempat simpan maklumat penerima. .

3. SETTING 
Sheet SETTING merupakan sheet dimana setting seperti page size dan margin yang digunakan. Namun Setting ini boleh diubah mengikut kesesuaian printer masing2.

 4. USER MANUAL 
Cara menggunakan template ini.

Setiap Sheet POSLAJU dan ORDER telah dibuat sedikit koding supaya dapat dikemas kini secara automatik. Contoh maklumat ada di dalam sheet.


Kat bawah ni, nor tunjukkan video langkah demi langkah guna template 10 pages.



Yang terkini template 10 pages yang ada ialah
1. template poslaju coklat MFGDate July 2015
2. template poslaju orange MFGDate May 2015
3. template poslaju purple MFGDate May 2015

Setiap template diletak di dalam 3 file berasingan. File ini boleh dibuka menggunakan Software Kingsoft Spreadsheet atau Microsoft Excel.

Boleh download template poslaju di sini:
Template Poslaju 10 Pages Continuous Printing

Sekiranya anda tiada menerima file dalam bentuk 'zip file' sila hubungi:
1. http://www.facebook.com/norazizahtrading atau
2. email: norazizahtrading@gmail.com atau
3. Telefon: 07-7721721 Semoga bermanfaat :)

Info berkaitan POSLaju di sini:

5 Cara semak tracking POSLaju Malaysia
Alamat dan nombor telefon POSLaju seluruh Malaysia dalam bentuk PDF
Template poslaju pos Malaysia dalam Microsoft Excel Kingsoft Spreadsheet
Template poslaju pos Malaysia dalam Microsoft Word Kingsoft Writer
Template Poslaju Multiple Product List with Quantity Microsoft Excel Kingsoft Spreadsheet LQ310
Video Tutorial Template Poslaju  

Viewing all articles
Browse latest Browse all 602