Quantcast
Channel: Norazizah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 602

Panduan tidur untuk wanita mengandung

$
0
0

Salam, pada kandungan nor trimester ke-3,  nor perasan bila baring telentang agak lama selepas bangun rasa sakit bahagian belakang.  Pada masa tu posisi yang paling selesa ialah tidur mengiring.  Kadang-kadang ke kanan atau ke kiri.  Bagi yang mengandung sekarang dan mengalami masalah sukar tidur boleh amalkan panduan di bawah.  Semoga ibu dan bayi dalam kandungan berasa selesa sepanjang kandungan :)

Panduan tidur untuk wanita mengandung
Panduan tidur untuk wanita mengandung
  1. Pada trimester ke 3, tidur mengiring ke kiri atau ke kanan agar darah mengalir dengan baik kepada bayi, uterus dan buah pinggang.  Elakkan tidur telentang dalam masa yang lama.
  2. Minum banyak air di siang hari, tetapi kurangkan apabila memasuki malam hari.  Ini untuk mengurangkan si ibu selalu ke bilik air di malam hari.
  3. Untuk mengelakkan pedih ulu hati, elakkan makan dengan banyak makanan pedas, berasid (seperti makanan bersumberkan tomato) atau makanan goreng.  Jika pedih ulu hati merupakan penyebab, tidur dengan meninggikan bahagian kepala dengan bantal.
  4. Selalu bersenam untuk mengekalkan kesihatan, melancarkan kadar peredaran darah dan mengurangkan kekejangan kaki.
  5. Kerap mengambil makanan ringan seperti roti crackers pada siang hari untuk mengelak dari rasa loya.
  6. Tilam dan bantal khas untuk ibu mengandung turut membantu anda untuk tidur dengan lebih baik atau gunakan bantal yang biasa digunakan untuk menyokong badan semasa tidur.
  7. Tidur sekejap di siang hari turut membantu agar tidur nyenyak di malam hari.
  8. Belajar berehat dengan menggunakan teknik pernafasan, turut membantu apabila kontraksi berlaku bermula.  Mandi air suam panas sebelum tidur turut membantu.
  9. Sila beritahu doktor jika anda mengalami masalah tidur.
  10. Jika anda tidak dapat tidur, jangan paksa diri untuk tidur.  Bangun dan buat aktiviti lain seperti membaca buku, melayari internet :), mengait, menulis atau mandi air suam. 
Sumber : http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/masalah-hamil/139-sukar-tidur-semasa-hamil.html
http://drzubaidi.com/blog/?p=2115
http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-360991.html



Viewing all articles
Browse latest Browse all 602