Quantcast
Channel: Norazizah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 602

Petua cepat bersalin

$
0
0
Salam, nak tahu petua cepat bersalin?  Ada kajian yang telah dibuat mengenai cara cepat bersalin.

Petua cepat bersalin
Petua cepat bersalin
Kajian ini dibuat di Ohio State Medical Center oleh Jonathan Schaffir professor of obstetrics and gynecology at Ohio State University. 

Kajian ini dilakukan kepada wanita yang telah bersalin, melahirkan bayi yang sihat dan tidak memerlukan penjagaan intensif daripada pihak hospital.

Menurut kajian, 102 daripada 201 wanita mengandung menggunakan kaedah tertentu untuk mendorong proses bersalin.

Kaedah yang digunakan oleh 102 wanita yang berjaya mendorong proses bersalin :
  1. 87 orang menggunakan kaedah berjalan
  2. 46 mengadakan hubungan kelamin
  3. 22 makan makanan pedas
  4. 15 orang membuat stimulasi puting buah dada
  5. 4 membuat senaman
  6. 5 makan julap
  7. 2 menerima akupuntur
  8. 1 masturbasi
  9. 1 mengambil herba

Ciri-ciri wanita yang mencuba kaedah ini :
  1. wanita muda purata umur 27.3 tahun
  2. anak pertama
  3. telah mengandung melebihi 39 minggu. 

Sumber maklumat mengenai kaedah yang digunakan untuk mendorong proses bersalin :
  1. 41 dari keluarga
  2. 37 dari rakan
  3. 26 dari doktor
  4. 11 dari internet
  5. 6 dari jururawat
  6. 9 dari sumber lain.
Hanya 46 orang wanita yang membincangkan kaedah yang digunakan dengan doktor.

Menurut Schaffir, antara kaedah yang digunakan untuk mendorong proses bersalin ialah :
  1. Berjalan
  2. Senaman
  3. Hubungan Kelamin - Mendorong ke arah kontraksi rahim
  4. Stimulasi puting buah dada - Mengeluarkan hormon oksitoksin yang boleh menyebabkan kontraksi rahim
  5. Masturbasi
  6. Makan julap - Mewujudkan aktiviti kepada usus dan menyebabkan uterus bertindak balas
  7. Penggunaan enema
  8. Makan makanan pedas - Mewujudkan aktiviti kepada usus dan menyebabkan uterus bertindak balas
  9. Penggunaan herba
  10. Akupuntur
  11. Menahan lapar - Menyebabkan bayi ingin keluar kerana ingin mencari makanan

Sumber : http://www.sciencedaily.com/releases/2011/06/110616113016.htm

Viewing all articles
Browse latest Browse all 602