Quantcast
Channel: Norazizah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 602

Cara memilih minyak wangi Parfum

$
0
0
Minyak Wangi kategori Parfum
Minyak Wangi kategori Parfum
Salam semua, tips cara pilih minyak wangi original tahan lama kali ini untuk tatapan wanita atau lelaki di luar sana :) 

Tips ni khas untuk minyak wangi kategori Parfum.  Di dalam artikel ini banyak menggunakan contoh Parfum Naturel by KE.


Antara perkara yang perlu diketahui sebelum memilih minyak wangi ialah:
1. Jenis-jenis minyak wangi
2. Minyak wangi untuk lelaki atau wanita
3. Jenis botol minyak wangi
4. Personaliti
5. Persediaan sebelum mencuba minyak wangi

5 JENIS MINYAK WANGI

Dalam minyak wangi terdapat 5 kategori minyak wangi mengikut tahap kepekatan minyak wangi atau 'Fragrance concentrations'.

1. Minyak Wangi Parfum / Extrait de Parfum

Parfum dikenali juga sebagai extrait de parfum atau minyak wangi asli 'pure perfume'.  Parfum mengandungi kepekatan minyak wangi yang paling tinggi iatu antara 15% - 40% minyak wangi.  Kebanyakannya parfum mengandungi 20% hingga 30%.  Berbanding semua minyak wangi, parfum paling tahan lama.  Biasanya ketahanan parfum antara 6 ke 8 jam.  Parfum juga secara umum, harganya lebih tinggi berbanding minyak wangi kategori lain kerana kandungan minyak wangi yang lebih tinggi berbanding yang lain.

2. Minyak Wangi Eau de Parfum (EDP)

Selepas parfum, seterusnya EDP mengandungi kadar kepekatan minyak wangi yang tinggi.  Secara umumnya kadar kepekatan minyak wangi di dalam EDP antara 15% hingga 20%.  Kadar ketahanan minyak wangi EDP antara 4 ke 5 jam.  EDP juga biasanya harga kurang mahal berbanding parfum.   EDP sesuai untuk kegunaan harian dan yang paling biasa kita dengar apabila berbicara mengenai minyak wangi.

3. Minyak Wangi Eau de Toilette (EDT)

Kepekatan minyak wangi di dalam EDT antara 5% hingga 15%.  Ianya lebih murah daripada EDP dan antara yang paling popular.  Ketahanan minyak wangi EDT antara 2 ke 3 jam.  Sesetengah pemakai minyak wangi menggambarkan EDT sesuai dipakai pada waktu siang, manakala EDP sesuai dipakai waktu malam.  Perkataan "Eau de Toilette' berasal daripada perkataan Perancis 'faire sa toilette' yang bermaksud siap sedia :)

4. Minyak Wangi Eau de Cologne (EDC)

Kepekatan minyak wangi di dalam EDC lebih rendah berbanding minyak wangi yang lain.  EDC secara umumnya kepekatan  minyak wangi antara 2% hingga 4%.  Harganya antara yang paling murah antara minyak wangi yang lain dan ketahanan minyak wangi sehingga 2 jam.  EDC kebiasaannya di dalam botol besar dan digunakan dalam kuantiti yang banyak.


MINYAK WANGI UNTUK LELAKI ATAU WANITA

Minyak wangi juga biasanya dikategorikan mengikut jantina.

Minyak wangi untuk lelaki (For Him)

Kebiasaannya minyak wangi yang dikhaskan untuk lelaki mengandungi bahan-bahan daripada daun herba atau kayu.
Minyak wangi parfum untuk lelaki (Parfum For Him)
Minyak wangi parfum untuk lelaki (Parfum For Him)
Antara minyak wangi Parfum untuk lelaki:

1. Blackout Mahogany by KE
Bahan-bahan: kayu cendana (sandalwood), kasturi (musk), gaharu (oud), honey (madu)

2. Blackout Tonkabein by KE
Bahan-bahan: kacang tonka (tonka bean), kasturi (musk), gaharu (oud), honey (madu)

3. Blackout Morsie by KE
Bahan-bahan: citrus, ylang-ylang, mint, patchouli, kasturi (musk), gaharu (oud), honey (madu)

Minyak wangi untuk wanita (For Her)

Kebiasaannya minyak wangi yang dikhaskan untuk wanita mengandungi bahan-bahan daripada bunga atau buah-buahan.


Minyak wangi parfum khas untuk wanita (Parfum For Her)
Minyak wangi parfum khas untuk wanita (Parfum For Her)

1. Justica Bachelor by KE
Bahan-bahan: mawar, jasmine, vanilla, kasturi (musk), gaharu (oud), honey (madu)

2. Justica Confession by KE
Bahan-bahan: anggur, lavender, patchouli, kasturi (musk), gaharu (oud), honey (madu)

3. Justica Sweet 17 by KE
Bahan-bahan: epal, vanilla, kasturi (musk), gaharu (oud), honey (madu)

JENIS BOTOL MINYAK WANGI

Kebiasaanya terdapat 2 jenis botol minyak wangi iaitu:
1. Botol Spray
2. Botol Roll On

Botol Spray

Bagi nor, bila guna spray lebih terasa pakai minyak wangi :) Guna botol spray juga ada kelebihan.  Salah satunya cecair minyak wangi tiada terdedah kepada bahan lain.

Botol Roll On

Nor pun suka calit-calit, guna botol roll on.  Botol roll on biasanya sesuai bersaiz kecil, mudah nak simpan dan cepat habis.. hehe. Minyak wangi di dalam botol roll on mudah terdedah dengan bahan lain.  Biasanya ada yang calit kat kulit, baju.  Sekiranya ada benda asing kat tempat dicalit, kemungkinan bahan asing tu akan masuk dalam botol :)


PERSONALITI

Minyak wangi juga boleh dipilih berdasarkan personaliti.  Di bawah contoh personaliti dan minyak wangi yang sesuai berdasarkan pengalaman team KE sepanjang menjual minyak wangi.  Anda juga boleh bertanyakan penjual minyak wangi siapa biasanya yang memakai minyak wangi yang anda ingin beli

Personaliti segak, tegas serta berkarisma yang menggambarkan kegagahan.
Pilihan minyak wangi: Blackout Morsie

Personaliti bangsawan yang beridentiti kuat dan garang, namun disebaliknya mempunyai daya penarik yang menawan.
Pilihan minyak wangi: Blackout Mahogany

Personaliti yang unik, sukakan esklusif dan kelainan.  Haruman yang jarang ditemui pada golongan kebanyakan.
Pilihan minyak wangi: Blackout Tonkabein
 
Personaliti yang sukakan Kesegaran, Membawa identity Freedom, bebas dan bertenaga. Pilihan minyak wangi: Justica Bachelor

Personaliti yang moden dan bekerjaya.
Pilihan minyak wangi: Justica Confession

Personaliti yang periang dan remaja. 
Pilihan minyak wangi: Justica Sweet 17.


PERSEDIAAN SEBELUM MENCUBA MINYAK WANGI


Sekiranya anda membeli minyak wangi untuk diri sendiri dan bukannya orang lain, di sini ada beberapa tips. 

Sebelum mencuba minyak wangi, pastikan kita dalam keadaan yang tenang dan gembira.  Bau-bau yang bakal kita hidu mungkin akan mengingatkan kita kepada perkara-perkara tertentu. 



Hidu pada kepala botol atau kertas tester yang baru diletakkan minyak wangi.  Bau itu ialah bau pertama yang akan kita hidu.  Bau pertama ini umpama pembuka selera :).  Bau pertama ini berkemungkinan dan kebiasaannya akan berubah  selepas beberapa ketika.

Untuk merasai perasaan sebenar selepas memakai minyak wangi, letakkan minyak wangi di bahagian badan kita.  Minyak wangi boleh diletak sama ada pada pakaian (biasanya di hujung lengan baju) atau terus pada kulit (di pergelangan tangan).   Ambil masa mungkin dalam 1 ke 2 jam dan seandainya anda selesa dengan bau tersebut, itulah minyak wangi yang sesuai untuk anda.


Ok, yang ni sedikit info cara memilih minyak wangi Parfum. 
Semoga dapat membantu pilihan anda :)
Sekian, jumpa lagi.

Rujukan:
http://www.popsugar.com/beauty/Eau-de-Toilette-Eau-de-Parfum-Parfum-What-Mean-19193129
https://www.perfume.com/article-a-guide-to-perfume-types
http://www.profumo.it/blog/index.php/2008/10/male-perfume-tips-for-conquest/



Viewing all articles
Browse latest Browse all 602