Quantcast
Channel: Norazizah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 602

Basuh pinggan sebaik sahaja habis makan : Petua murah rezeki

$
0
0
Salam, basuh pinggan sebaik sahaja habis makan merupakan petua yang diamalkan di dalam keluarga Nor.  Mengikut nenek petua ini agar kita murah rezeki.   Jika ada orang lain yang tolong basuh pinggan kita, nanti rezeki kita akan diambil oleh orang tersebut :).  Bagi Nor pula petua ini sebenarnya banyak membantu dalam mengurus aktiviti harian.  Di rumah, jarang tengok sinki penuh.  Kami adik-beradik masing-masing akan membasuh pinggan sendiri selepas makan.  Mungkin bagi sesetengah orang hal ini akan membazir air, sebab habis guna terus basuh.
Suka guna pinggan putih

 
Kenapa pula pada pandangan nenek atau orang dahulu basuh pinggan selepas habis sahaja makan boleh murah rezeki?

Ini pendapat peribadi Nor, bila kita sendiri yang basuh pinggan yang kita gunakan sebenarnya dalam diam kita mengurangkan tekanan kepada orang lain.  Orang pun tiada rasa sakit hati.  Bila Nor amalkan ini semasa zaman belajar dulu, dapat rasakan kebaikan basuh pinggan sendiri.  Jika rajin boleh juga basuh pinggan orang lain :).  Bila kita kurangkan tekanan pada orang lain, insyaallah orang lain mudah berurusan dengan kita.  Mudah urusan, mudah rezeki masuk :).

Bila masing-masing sudah terdidik membasuh pinggan sendiri, agak kurang pinggan lain yang hendak dibasuh.  Mungkin sebelah malam boleh kosongkan sinki.  Esok hari tiada lagi fikir hendak basuh pinggan di sinki.  Kita terus melakukan aktiviti harian yang lain.  Ini petua daripada nenek suami pula.  Sebelum tidur pastikan semua pinggan mangkuk sudah dibasuh.  Sama juga agar dimurahkan rezeki pada esok hari.

Kebersihan itu sebahagian daripada iman.  Pinggan mangkuk yang masuk ke dalam sinki sebenarnya mempunyai kotoran sebab itulah di situ tempatnya.  Membasuh dengan segera kotoran ini pasti membuatkan persekitaran sentiasa bersih, terhindar dari bau-bauan yang tidak menyenangkan.  Kehidupan yang bersih pasti menyebabkan fikiran menjadi lebih tenang.  Fikiran tenang pasti mudah untuk kita berfikir cara-cara yang terbaik untuk mencari rezeki :).

Banyak kelebihan bila basuh terus pinggan yang telah digunakan.  Kita semua mempunyai budaya dalam kehidupan masing-masing.  Bagi Nor, budaya ini baik untuk pengurusan rutin harian.  Bagi yang tidak boleh mengikuti cara ini, janganlah dipaksa :). 

Ok, setakat ini dahulu.  Wassalam.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 602